WWDC 2019 – Mac Pro baru dilancarkan secara rasmi dengan rekaan yang lebih unik


Apple pada acara khas WWDC 2019 tadi telah melancarkan komputer baru mereka iaitu Mac Pro dengan rekaan yang telah diperbaharui. Mac Pro sebelum ini dengan mempunyai rekaan yang bertahan sehingga 6 tahun sejak tahun 2013.
Mac Pro baru ini juga mempunyai modular, yang dengan mudah akan membolehkan anda mengalih atau menukar barangan (configure) untuk menyesuaikan Mac Pro dengan cara yang anda mahu.


Jika tahap cip pemprosesan pengguna biasa sehingga 4 – 8 core, Mac Pro ini mempunyai pilihan untuk anda meletakkan cip pemprosesan terbaru Intel Xeon sehingga 28 core.
Selain itu, bahagian memori RAM Mac Pro ini juga boleh dinaiktaraf sehingga 1.5TB (1,500GB) jumlah keseluruhan. Jika anda pengguna yang terlalu menekankan prestasi dan mempunyai bajet yang tinggi, mungkin anda boleh mencubanya. Ia sememangnya sangat berkuasa.


Untuk bahagian lain, Mac Pro bekalan kuasa sehingga 1.4kW dengan 3 kipas utama yang diletakkan pada bahagian hadapan. Apple juga mengatakan bahawa Mac Pro mempunyai kuasa mesin yang kekal senyap.
Harga yang ditawarkan adalah bernilai $5,999 (RM25,087) dengan tawaran cip pemprosesan8-core Intel Xeon, RAM sebesar 32GB, storan memori 256GB SSD, dan kad grafik AMD Radeon 580X. Ia juga bakal hadir pada pengguna pada September tahun ini.