Ini mungkin rekaan terbaru telefon pintar dari Sony dengan 6 lensa kamera

Walaupun Sony Mobile sudah menarik diri dari penjualan telefon pintar di Malaysia, namun Sony Mobile dikhabarkan masih giat ingin menghasilkan telefon pintar dengan tawaran teknologi yang terbaik di pasaran.

Ia dibuktikan dengan telefon pintar terbaru sebelum ini iaitu Xperia 1 yang mempunyai paparan skrin CinemaWide™ 4K HDR OLED pertama didunia dan masih mengekalkan bingkai pada bahagian atas dan bawah.

Pada perkongsian terbaru yang dibuat oleh Max J di Twitter beliau, terdapat gambaran tentang rekaan terbaru telefon pintar dari Sony Mobile yang digambarkan oleh beliau berdasarkan ura-ura.

Menurut beliau, telefon pintar ini mungkin akan dilengkapi dengan 6 modul lensa pada bahagian kamera utama yang berlainan iaitu 20MP f/2.4 + 48MP f/1.2, f/2.4 + 16MP f/2.4 + 8MP f/2.4 + 12MP f/1.2, f/2.4 + 0.5MP ToF (time-of-flight) seperti yang digunakan pada Huawei P30 Pro. Manakala pada kamera hadapan, menggunakan dwi-kamera 10MP + 0.3MP ToF.

Rekaan kamera utama juga dilihat menggunakan rekaan seperti yang digunakan oleh siri iPhone 11 dan siri Google Pixel 4 yang tertiris sebelum ini. Cuma bezanya adalah jumlah lensa kamera dan kedudukan lampu flash. Pada bahagian skrin, ia mungkin akan mengekalkan rekaan seperti Xperia 1 yang diperkenalkan pada Februari yang lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami