OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro mendapat pratonton Android Q kedua


Bulan lepas adalah kali pertama OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro mendapat pratonton pertama buat Android Q versi pembangun (developer) dan semalam Manu J (Pengurus Operasi Produk Global) menerusi forum rasmi OnePlus telah kongsikan pratonton kedua Android Q yang diperlihatkan buat siri OnePlus 7.
Jika anda salah seorang pengguna OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro, anda boleh mencuba pratonton kedua Android Q ini melalui pautan yang tersedia dibahagian bawah sekali. Langkah-langkah juga turut tersedia.
Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa versi ini masih belum stabil sepenuhnya. Manu J turut memberi amaran bahawa “Anda harus memahami risiko BRICKING telefon anda, membaca arahan dengan berhati-hati dan pastikan 100% pasti apa yang anda sedang lakukan, dan pastikan sentiasa backup data penting anda sebelum flashing.”
Anda mungkin akan mengalami ketidakstabilan :
- Reading mode doesn’t work
- Display mode doesn’t work
- The verification window can’t pop up in WIFI anonymous connection
- Low probability of having stability issues
Pautan Android Q (2) dan langkah-langkah, klik disini.