Call Of Duty: Mobile kini sudah boleh dimuat turun buat pengguna Android dan iPhone

Permainan mudah alih Call Of Duty: Mobile (COD) adalah antara permainan yang dinanti-nantikan oleh peminat permainan mudah alih di Malaysia kerana keunikannya dan corak permainan yang lebih mengujakan.

Kini permainanan COD telahpun tersedia untuk anda muat turun di Play Store dan App Store dengan jumlah keseluruhan 1.04GB. Pastikan anda dapatkan sambungan WiFi yang kuat untuk muat turun aplikasi sebesar itu.

Permainan mudah alih ini sudah tersedia buat pengguna Android dan iPhone. Di App Store anda harus menggunakan carian ‘Garena’ dan tatal untuk mencari aplikasi ini dibahagian bawah. Selamat menikmati permainan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami