Realme X2 Pro akan hadir bersama Snapdragon 855+ dan paparan 90Hz dengan harga yang murah!


Beberapa hari lalu kita sudah mendengar mengenai peranti terbaru yang bakal diperkenalkan oleh realme iaitu realme X2 Pro yang bakal dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 855+. Kini pihak realme telahpun mengesahkannya.
Realme X2 Pro akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855+, paparan segar semula 90Hz dan quad-kamera 64MP. Sekaligus realme X2 Pro akan menjadi peranti mercu pembunuh terbaru yang bakal memasuki pasaran dan nampaknya penggunaan paparan 90Hz juga sedang diraikan oleh pengeluar peranti.
Menariknya lagi, realme juga mendakwa bahawa peranti ini akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding peranti jenama lain yang ada di pasaran dalam kelasnya. Jika Xiaomi mampu menjual dengan harga murah, realm apatah lagi. Kita juga mungkin akan melihat persaingan harga antara jenama keluaran China buat peranti kelas atasan kelak.