Sony Umum Pelancaran PlayStation 5 Ditangguhkan ke 11 Jun


Sony telah mengumumkan tarikh penjadualan semula pelancaran PlayStation 5 melalui akaun Twitter rasminya.
Menurut tweet tersebut, Sony telah menjadualkan semula acara tersebut pada hari Khamis, 11 Jun jam 4 petang (waktu tempatan) dan akan disiarkan di saluran YouTube PlayStation dan Twitch.
Pelancaran PlayStation 5 akan memperlihatkan lebih banyak perincian mengenai konsol generasi seterusnya Sony bersama gelaran baharu PlayStation 5.
Pelancaran PS5 sebelum ini dijadualkan pada 4 Jun, namun Sony telah mengumumkan pembatalan acara itu.
Menurut Jim Ryan, presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment di blog PlayStation, keseluruhan acara dijangka berlangsung lebih dari satu jam dan pada pelancaran tersebut mereka akan memberikan gambaran awal mengenai permainan PS5 yang dibuat oleh beberapa studio dari seluruh dunia.
Bagi mereka yang tidak sedar, Sony telah mengesahkan bahawa PlayStation 5 akan dikuasakan oleh perkakasan AMD dengan Zen 2 CPU dan Navi GPU. Konsol juga akan hadir dengan PCIe 4.0 SSD untuk masa muat yang lebih pantas dan permainan yang lancar.