Google Meet Kini Boleh Diakses Melalui Gmail di Android dan iOS

Google dalam satu kenyataan mengesahkan Google Meet kini boleh diakses melalui aplikasi Gmail di Android dan iOS.

Dengan perubahan baharu itu, pengguna dapat menggunakan perkhidmatan telesidang Google Meet dengan hanya menggunakan aplikasi Gmail di Android dan iOS.

Panggilan video Google Meet akan dapat dilakukan terus dari dalam aplikasi Gmail pada peranti mudah alih.

Pengguna hanya perlu menekan satu butang untuk menyertai sesi telesidang Google Meet dari dalam Gmail dan tingkap panggilan video akan dibuka secara automatik.

Google juga mempunyai rancangan untuk menambah tab ‘Meet’ di Gmail yang membolehkan pengguna menghubungkan setiap panggilan video yang telah dijadualkan dalam Google Calendar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami