Sony Tawar 50,000 USD Kepada Sesiapa Yang Berjaya Menggodam PS4

PlayStation telah memulakan program ‘bug bounty’ di mana mereka akan membayar sesiapa yang berjaya menggodam sistem, konsol dan aksesori terkini.

Sony yang bekerjasama dengan HackerOne dalam program ini  mengundang penyelidik keselamatan, pemain dan pengguna untuk menguji tahap keselamatan di PlayStation 4 dan PlayStation Network.

“Keselamatan produk kami adalah sebahagian daripada asas utama dalam mewujudkan pengalaman luar biasa bagi komuniti kami,” dalam sebuah kenyataan di blog PlayStation.

Sony dilaporkan sedang mencari laporan mengenai sistem PS4, sistem operasi, aksesori dan PSN.

HackerOne dalam laman sesawang mereka menyatakan bahawa sejumlah $50,000 USD akan dibayar kepada mereka yang berjaya menggodam PS4 dengan tahap penggodaman kritikal, $2,500 USD pada tahap penggodaman sederhana dan $500 USD pada tahap penggodaman rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami