Modul GPU Radeon Pro W5500X Untuk Mac Pro Dijual Pada Harga RM2,400


Pengguna Mac Pro boleh menarik nafas lega apabila Apple mula menjual modul kad grafik AMD Radeon Pro W5500X MPX Module pada harga RM2,400.
Model yang mempunyai kepantasan jalur lebar 2224GB/s ini turut dilengkapi memori 8GB GDDR6.
Selain itu, variasi terbaharu Apple ini juga mempunyai dua port HDMI 2.0 dan boleh mencapai kuasa pengkomputeran sehingga 5.6 teraflops.
Pun begitu, kit SSD untuk komputer desktop Mac Pro ini merupakan variasi murah dan kurang berkuasa berbanding model W5700X.
Bagi pengguna yang inginkan modul GPU kuasa yang lebih tinggi, mereka boleh dapatkan pada harga RM4000.