Nearby Share – Perkongsian Baharu Google Mirip Apple AirDrop

Dalam satu kenyataan, Android Police melaporkan bahawa Google sedang berada di fasa percubaan Nearby Share yang merupakan ciri perkongsian fail baharu mereka.

Ciri yang seakan-akan menyerupai Apple AirDrop tersebut dikatakan boleh digunakan pada peranti-peranti yang dipasang dengan sistem operasi Android 6.0 keatas sahaja.

Nearby Share menawarkan perkhidmatan perkongsian pelbagai jenis fail secara pantas, termasuklah gambar, video dan juga pautan dengan lebih pantas.

Menurut perkongsian Android Police lagi, pengguna yang mahu meneri perkongsian terlebih dahulu perlu membuatkan peranti mereka boleh dilihat oleh peranti penghantar sebelum fail-fail tersebut boleh dihantar.

Untuk mengelak pengguna menerima fail-fail yang tidak diingini, penerima perlu mengesahkan penerimaan fail tersebut terlebih dahulu.

Pun begitu, Google masih belum mengesahkan bilakah ciri Nearby Share ini akan dikeluarkan untuk semua peranti Android.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami