Razer makin premium dengan sentuhan TUMI

Oleh Siti S

Jenama Razer memang sudah lama mengukuh di hati peminat permainan video. Namun melalui kolaborasi terkininya dengan sebuah jenama bagasi, barangan pilihan gamer ini pasti mencuri tumpuan para pengembara dan ‘jetsetter’ pula selepas ini.

TUMI, jenama gaya hidup yang dikenali dengan bagasi berkualiti tinggi menjadi sebutan ramai sejak tahun 1970-an lagi. Kerjasama Razer dan TUMI ini akan termanifestasi bermula esok, 3 Jun 2022 apabila empat produk baru menemui pasaran antarabangsa.

Bukan sekadar beg, TUMI lasak! Setiap beg dan bagasi direka supaya tahan lama. Lebih 30 ujian dijalankan ke atas setiap produknya sebelum ia dihantar ke kedai untuk dijual.

Razer pula tidak pernah mengenepikan pemain dalam apa jua produk yang membawa logo ular berkepala tiga daripadanya. Setiap rekaan dipastikan sesuai untuk keperluan dan kehendak pemain.

Gabungan ini dapat dilihat dalam Laptop Cover 15″, Bozeman Sling, Finch Backpack dan International Expandable 4 Wheeled Carry-On Luggage yang akan berada di pasaran esok.

Empat produk berbeza kategori ini memberi pengguna kemudahan dari sudut yang berbeza.

Laptop Cover 15″ menjadi penyimpan ‘harta’ pengguna yang paling utama, iaitu komputer riba. Bozeman Sling pula mengendalikan penyimpanan kabel dan aksesori pemain. Finch Backpack meyediakan poket untuk komputer riba yang berlapik untuk memudahkan pengguna membawa barangan berat.

Produk terakhir, International Expandable 4 Wheeled Carry-On Luggage pula bagasi lengkap dengan port USB-C untuk pengembara. Dengan rekaan kontur 19 Degree TUMI, cengkerang dan lapisan dalamnya terhasil daripada bahan kitar semula.

Setiap satu produk ini bukan sahaja membawa rekaan lasak yang menjadi kekuatan TUMI, ia juga dirias dengan warna hijau terang yang menjadi identiti Razer.

Hanya 1,337 unit bagi setiap model dihasilkan. Kenapa 1,337? Nombor tersebut terlihat sama seperti perkataan ‘LEET’, slanga untuk perkataan ‘elite’.

Menurut pengarah kreatif TUMI, Victor Sanz, produknya kali ini membawa jenama tersebut ke persada e-sukan.

“Kami merancang untuk membawakan produk yang baru dan mengujakan, selaras dengan pendirian dan minat mendalam komuniti pemain. Gaya hidup mereka adalah sesuatu yang selaras dengan cara kami menjana produk dan fokus kami terhadap kesemua aspek kehidupan pelanggan, dalam memastikan mereka memiliki hanya yang terbaik demi mencapai cita-cita mereka.”

“Kami gembira bekerjasama dengan TUMI untuk membawakan koleksi eksklusif ini kepada komuniti ppemain. Kami tahu bahawa peminat kami mempunyai kehidupan yang aktif dan kadang kala harus mengangkut stesen pertempuran mereka ke sana sini. Maka kami mahu mempersediakan mereka dengan peralatan pengembaraan berkualiti tinggi yang menawarkan rekaan serba-boleh dan fungsi dengan seimbang agar mereka akan terus menang,” kata Addie Tan, pengarah bersekutu, Business Development, Razer.

Keempat-empat produk ini boleh dimiliki melalui kedai dalam talian TUMI, TUMI.COM serta Razer.com selain TMall dan JD (China).

English Quotes

“We have fully embraced our esports category with the Razer partnership. We are looking to deliver new and exciting products that are truly in line with the attitude and passion of their gaming community,” said TUMI Creative Director, Victor Sanz. “Their lifestyle is something that runs parallel to how we generate our products and how we are truly focused on all aspects of our customer’s lives, looking to ensure that only the best is in their hands for them to achieve their goals.”

“We are thrilled to partner with TUMI to bring this exclusive collection to our gaming community,” says Addie Tan, Associate Director of Business Development at Razer. “We know that our fans lead active lifestyles and sometimes have to carry their valuable battle stations with them while they are on the go. So, we wanted to arm them with high quality travel gear, offering them a balance of versatility and functionality so that they can keep winning, even on the go.” He said.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami