Persempadan pilihan raya bukan berdasarkan keputusan PRK Pulai

Dalam satu ceramah ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, terdapat seorang ahli parlimen dari selatan tanah air yang menyatakan keperluan untuk tidak mengundi calon daripada parti pemerintah kerana mahu mengelak persempadan pilihan raya dengan mendapat majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Namun, kenyataan tersebut sangat bercanggaj kerana sbentuk kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya bermula mengikut perlembagaan, termasuk tamat tempoh tidak kurang selang lapan tahun daripada tarikh siap urusan kajian semula sebelumnya, serta pindaan undang-undang.

Dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, ia memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan kajian semula sempadan setiap bahagian pilihan raya terbahagi kepada tiga unit mengikut undang-undang Fasal (6) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu Unit Negeri-Negeri Tanah Melayu (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Unit Negeri Sabah dan Unit Negeri Sarawak.

Selain itu, apabila melibatkan peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR boleh memulakan urusan kajian persempadanan semula setelah tamat tempoh tidak kurang selang lapan tahun daripada tarikh siapnya urusan kajian semula sebelumnya dan SPR perlu menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun.

Selang tempoh lapan tahun bagi kajian semula persempadanan Sarawak akan berakhir pada 2023, Sabah pada 2025 manakala Negeri-Negeri Tanah Melayu pula pada 2026.

Maka menurut perlembagaan, tiada keperluan untuk melibatkan dua pertiga majoriti sesuatu parti pemerintah untuk mengubah persempadan semula kerana ia sudahpun berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami