Guna AI cegah jenayah siber


Rantau Asia Pasifik kekurangan sejumlah 2.1 juta pegawai profesional keselamatan siber mengikut data sehinggga penghujung tahun 2022 yang dikeluarkan syarikat keselamatan Kaspersky.
Oleh itu, Kaspersky mencadangkan pasukan keselamatan siber dalam sesebuah organisasi boleh menggunakan kepintaran buatan (AI) untuk meningkatkan pertahanan siber terkini terhadap ancaman yang berkembang pesat di rantau ini.
Saurabh Sharma, Penyelidik Keselamatan Kanan untuk Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global (GReAT) Asia Pasifik di Kaspersky mendedahkan sekiranya penjenayah siber boleh mengeksploitasi kuasa AI, hal sama juga boleh dimanfaatkan pasukan keselamatan siber yang menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan kebaikan.


“Sehingga 2022, Asia Pasifik perlu memenuhi jurang bakat keselamatan siber sebanyak 52.4% kerana rantau ini memacu ekonomi digitalnya.
“Keperluan mendesak ini boleh mendorong pasukan keselamatan IT untuk melihat penggunaan mesin pintar dalam menambah pertahanan siber organisasi mereka dan AI boleh membantu dalam bidang utama seperti risikan ancaman, tindak balas insiden dan analisis ancaman,” kata Sharma.
Perisikan Ancaman ialah aspek keselamatan siber yang melibatkan pengumpulan maklumat berkaitan tentang faktor ancaman.
Sharma berkata algoritma AI boleh digunakan untuk mengakses dan menganalisis dengan pantas penyelidikan yang diterbitkan sebelum ini dan bertindak sebagai taktik, teknik serta prosedur (TTP) yang membawa kepada pembangunan hipotesis pemburuan ancaman.
Pakar Kaspersky juga mendedahkan bahawa untuk tindak balas insiden siber, AI boleh mencadangkan anomali dalam set log yang disediakan, memahami log peristiwa keselamatan, menjana bagaimana log peristiwa keselamatan tertentu mungkin kelihatan dan mencadangkan langkah untuk mencari penyelesaian awal.